Haresh Mahadevan & Co.

Bekas polis, 4 yang lain bebas tuduhan bunuh 3 lelaki

SEREMBAN: Bekas pegawai polis, tiga adik beradiknya dan seorang lelaki dibebaskan daripada tuduhan bunuh membabitkan tiga lelaki, tujuh tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Azman Abdullah, berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan kes terhadap lima tertuduh. Katanya, adalah tidak selamat hanya untuk bergantung kepada keterangan saksi utama, S Duraiselvam, yang membawa polis kepada penemuan mayat lelaki terbabit dalam kubur cetek.

Hakim mengarahkan kelima-lima tertuduh dibebaskan tanpa perlu membela diri. Mereka adalah: bekas asisten superintendan S Selvakumar, 45; adik beradiknya, N Rajasakanan, 43, Sureshkannah, 42 dan Thanabalan, 35, selain R Veeramuthu, 56.

Adik beradik kepada bekas polis itu bekerja sebagai peniaga besi buruk, manakala Veeramuthu bekerja sebagai pemandu lori.

Semua mereka dituduh membunuh K Thinesh, M Tansewaran dan P Kartisan di ladang kelapa sawit, di Jalan Seremban-Mantin, pada Februari 2015.

Ahli keluarga mangsa membuat laporan polis terhadap kehilangan mereka, pada 2015.

Kelima-lima tertuduh dan Duraiselvam ditahan tiga tahun selepas itu kerana kesalahan berkaitan kumpulan dan siasatan mendapati timbul kaitan mengaitkan mereka dengan pembunuhan berkenaan.

Duraiselvam tidak dituduh, namun ditahan mengikut undang-undang pencegahan selama dua tahun bermula 2018 dan menjadi saksi pihak pendakwaan.

Selvakumar diwakili KL Chee while Haresh Mahadevan dan Ramzani Idris mewakili Sureshkannah serta Thanabalan. Veeramuthu dan Rajasakanan diwakili Paul Krishnaraja Amy Chong.

Timbalan Pendakwa Raya Raya Rahimah Abd Majib mewakili pihak pendakwaan.

This article is sourced from : Free Malaysia Today

Scroll to Top