
MAHKAMAH Rayuan di sini, hari ini, membatalkan sabitan dan hukuman penjara setahun terhadap seorang guru yang didakwa memiliki soalan bocor kertas Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 selepas representasinya diterima Peguam Negara.
Peguam Haresh Mahadevan memaklumkan kepada panel tiga hakim bahawa anak guamnya P. Uma Mageswari sudah mengemukakan representasi pada Disember tahun lalu dan Peguam Negara menerima representasinya itu.
Timbalan Pendakwa Raya, Tengku Intan Suraya Tengku Ismail, berkata, arahan yang diberikan adalah untuk membenarkan rayuan Uma Mageswari.
Susulan permintaan pihak pendakwa raya itu, Hakim Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer, yang mengetuai panel itu, membatalkan sabitan dan hukuman penjara Uma Mageswari.
This article is sourced from : Metro